Posts

Solat.

Dalam solat, kita ada baca doa antara dua sujud. Doa ni memberi rekfleksi kepada saya bahawa kita hidup ini.. bergantung kepada Allah Taala. Sihat kita, rezeki kita, kebaikan kita, kedudukan kita semuanya bergantung kepada Allah Taala. Hidup kita bergantung kepada Allah. Tapi Allah bagi kita kaki, tangan, akal supaya kita juga dapat bahagian bila tiba masa kita kembali pada Dia. Maka redha dengan ketentuan Allah ke atas kita. Syukur atas nikmat yang masih Allah kekalkan sampai sekarang.

Catatan Kebaikan.

Kita buat kebaikan sebab apa ya? Kalau untuk tambah catatan amal, mengapa dilakukan juga keburukan? Nak penuhkan dua-dua catatan amal? Sudahlah kebaikan kita pun belum tentu diterima. Inikan pula keburukan yang sah-sah memberi kesan buruk pada diri sendiri. Nak tambah pahala, tapi dosa pun buat. Macam mana tu? Hurmm

Quran, handphone dan manusia.

Gambar dan perkataan. Gambarlah yang menang. Sebab itu perlunya berpesan-pesan kepada kebenaran. Tapi sekarang ni, bersama kawan pun 'kena' fasiq. Seorang diri bersama handphone itu sudah diketahui. Dalam ibadah khusus mungkin kita beriman. Dalam solat, baca al-Quran... Tapi tatkala tangan ini mencapai teknologi sekelip mata boleh fasiq. Itulah guna kawan. Saling mengingatkan. Ahli keluarga.. Tapi redha manusia yang dicari. Maka dilakukanlah sekali apa yang manusia lakukan semata-mata hendak bersama mereka.  Macam mana ya.. 😔